BT Real Estate - шаблон joomla Форекс
Pendidikan

INFO HALA TUJU PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

Posted by Web Matras in Pendidikan on 01/20/2015 Hits: 10443

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh......

Muslimin Muslimat sekalian, Semoga sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat Allah.

Kawan2 semua....
Pagi ni saya membaca skit perkongsian tentang
HALA TUJU PELAJAR
MAAHAD TAHFIZ 
Di Malaysia.....

Mungkin info ini boleh membantu ibu bapa dan anak2 yg belajar di tahfiz membuat keputusan tentang hala tuju mereka selepas memasuki mahaad tahfiz....
Maklumat ini sy copy dr beberapa sumber hanya sebagai pembacaan dan info....
Harap ibubapa dapat juga buat semakan....
Semoga bermanfaat.Insya Allah

1. Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) – 
Terengganu

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu menawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang TIDAK mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di sana mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkatDiploma hingga ke Ijazah terutama dalam bidang ‘Syariah Dan Hukum’.

2.Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL)

Untuk Pelajar Tahfiz yang TIDAKmempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), suatu Program Peralihan Pelajar untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran YAPIS-UNISEL yang dinamakan Program Fast-Track SPM ataulebih dikenali sebagai Unismart akan ditawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang berkelayakan.

3.Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui program APEL

Pelajar Tahfiz juga boleh menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)untuk peringkat Sijil / Diploma / Ijazahmelalui APEL - Accreditation Of Prior Experiential Learning. Mereka menawarkan pengajian di bidang Perniagaan, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Seni Persembahan

Boleh lihat http://www.mqa.gov.my/APEL/

4.Kolej-Kolej Swasta
Mereka menawarkan kursus-kursus tertentu peringkat Sijil & Diploma.

Contoh : Kolej Komuniti Bermodular,INPENS International College, Institut Kerajaan atau Swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Kursus-Kursus Jangka Pendek.

5. Menyambung ke Tingkatan 1

Bagi Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz seawal umur 8 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al Quran setelah umur 12 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka memasuki melanjutkan Persekolahan arus perdana (SPM – DEGREE – MASTER – PHD), ataumengambil aliran Agama [SPM dan STAM (Sijil Tinggi Agama)]. Jika cemerlang boleh sambung belajar ke Universiti Timur Tengah (Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait, juga di Indonesia atau Thailand)

6. Mengambil Peperiksaan SPM

Kebiasaan Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz pada umur 13 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al Quran setelah umur 16 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Juga menawarkan lepasan Pelajar Tahfiz untuk mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8. Menyambung Aliran Agama
Pelajar Tahfiz berpeluang menyambungPengajian Kitab ke Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk, Pondok-Pondok Pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan atau menyambung pengajian di Timur Tengah seperti di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Yaman dan Maghribi.

Boleh lihat http:// www.mauizahrc.com

9. Pusat Giat Mara
Pusat Giat Mara juga menawarkan lebih 35Kursus-Kursus Kemahiran untuk Pelajar Tahfiz berumur 15 tahun ke atas.

Boleh lihat http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kem…/

10. Sijil Tahfiz Malaysia (JAKIM)

Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat Sijil Tahfiz Malayasia (STM) dan boleh dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mereka yang mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan pengajian ke Universiti di dalam dan luar negara

Sila semak di internat atau lihathttp://www.darulquran.gov.my/

11. Pengiktirafan Lepasan Tahfiz dari Jabatan Agama Negeri

Pelajar Tahfiz juga berpeluang menjadiGuru Bertauliah Mengajar dengan mohon Kebenaran Mengajar dari Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Juga boleh mendapatkan pengesahan Al-Hafiz melalui temuduga khas sebagai Pelajar Tahfiz dari Jabatan berkenaan.

12. Lain-lain Peluang bagi lepasan Pelajar Tahfiz

Sila semak di internat atau lihat http://www.mohe.gov.my/…/Hala_Tuju_Pengajian_Islam_di_Malay…

Syarat Kelayakan Umum :-

a) Pelajar Tahfiz dengan hafalan minimum 10 Juzuk

b) Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)

c) Berumur 17 tahun ke atas
d) Keutamaan kepada pelajar Hafiz 30 Juzuk dengan Sijil Syahadah / Khatam

CARA PENGAMBILAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) OLEH PELAJAR TAHFIZ

Pelajar Tahfiz yang ingin menduduki SPM tanpa ada PT3/PMR, mereka perlu mohon kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ibu bapa atau Penjaga perlu menulis surat kebenaran dan menyatakan sebab-sebab tidak menduduki PT3/PMR. Setelah meneliti dan mempertimbangkan sebab-sebab itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan Surat Kebenaran menduduki SPM sebelum usia 19 tahun.

Jika usia telah mencapai 19 tahun, kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia TIDAK diperlukan lagi. Boleh terus ambil SPM, tetapi pastikan anda ambil subjek teras dan subjek syarat wajib kemasukkan ke university, kerana jika anda tidak mengambil subjek syarat kemasukkan ke universiti, maka anda tidak boleh menyambung kemana-mana universiti. Pilihan subjek untuk mengambil SPM, terpulang kepada anda asalkan 6 subjek teras di ambil. Calon SPM hanya dibenarkan buat pilihan subjek elektif sahaja

Jakim Sediakan Pengiktirafan SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM)

Darul Quran JAKIM memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) untuk memberi pengiktirafan kepada para penghafaz Al-Quran di Malaysia yang tidak berpeluang mendapat pendidikan tahfiz Al-Quran secara formal

Syarat Menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

Antara syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) ini ialah

Warganegara MalaysiaMenghafaz 30 juzuk Al-Quran (disokong oleh dokumen-dokumen seperti sijil atau surat pengesahan daripada mudir atau pengetua sekolah)Berumur 15 Tahun Ke Atas

Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat sijil tersebut dan boleh dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mohon segera sebelum 15 Mei 2015 – Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Tahun 2015

Mereka yang mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan pengajian ke Universiti di dalam dan luar negara

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN

PENGAJIANPelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping mempelajari subjek-subjek yang lain mengikut syukbah:Syukbah QiraatSyukbah DakwahSyukbah SyariahSyukbah HadithSyukbah MuamalatSyukbah Pengurusan Halal

SYARAT KELAYAKANBeragama IslamWarganegara MalaysiaBerumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaranBelum berkahwinLulus Peperiksaan SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat minimum gred:

1. Bahasa Melayu

= C

2. Bahasa Inggeris

= E

3. Bahasa Arab

= C

4. Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah / Pendidikan Al-Quran & Sunnah / Tasawwur Islam

= C

Lulus temuduga

NOTA : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran Jakim pada bulan Februari setiap tahun

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

PENGAJIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM )

BIDANG PENGURUSAN MASJID TAHAP 3

Program ini merupakan kerjasama antara Darul Quran dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).Perantis (pelajar) diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 30, 1-9 dalam masa 16 bulan di samping belajar kompetensi unit yang lain seperti Pengimarahan Masjid & Tarannum, Pengajaran Asas Fardhu Ain, Khidmat Masyarakat, Aplikasi ICT dan Penyelenggaraan Infrastruktur & Prasarana.

SYARAT KELAYAKAN

Beragama Islam.Warganegara Malaysia (Bumiputera)Berumur 16 tahun ke atas.Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.Telah menghafaz sekurang-kurangnya 6 juzu’.Lulus temuduga.Nota : Iklan SKM akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM pada bulan Januari setiap tahun.

PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN

PENGAJIAN
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah dan Bahasa Inggeris.SYARAT KELAYAKAN 
Beragama IslamWarganegara (Bumiputera)Belum berkahwin Lulus Peperiksaan Percubaan SPM Semasa dengan mendapat minimum gred:1. 
Matematik = A2. 
Bahasa Melayu = A3. 
Bahasa Inggeris = B4. 
Bahasa Arab = B5. 
Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al Quran & Sunnah / Tasawwur Islam = B6. 
Biologi = B7. 
Fizik = B8. 
Kimia = B9. 
Matematik Tambahan = B10. 
Lulus Temuduga

Nota : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran Jakim pada bulan Ogos 

Pengumuman

Facebook Matras

Kalendar Sekolah

Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Hubungi Kami

No Telefon

MUDIR MATRAS  :              019-349 2694
(Ust Sazali)
TIMB MATRAS      : 019-240 4995
(Ustzh Mahmudah)
 
KERANI MATRAS : 016-327 5717
(Puan Zurin)
 
TEL PEJABAT       : 03-3163 0284
 

Alamat Sekolah

Lot 3120 Batu 3 1/2,
Kampung Pendamar,
41200 Klang,
Selangor, Malaysia

Peta Lokasi