NUZUL AL-QURAN BERMAKSUD PENURUNAN AL-QURAN DARI LANGIT KEPADA NABI ALLAH YANG TERAKHIR, NABI MUHAMMAD S.A.W.
PERISTIWA NUZUL AL-QURAN MERUPAKAN PERISTIWA ALLAH S.W.T. MENURUNKAN AYAT PERTAMA AL-QURAN KEPADA RASULULLAH DAN BERTERUSAN SECARA BERPERINGKAT SELAMA 23 TAHUN SEHINGGA MENJADI LENGKAP SEBAGAIMANA KITAB AL-QURAN YANG ADA PADA HARI INI.
PERISTIWA NUZUL AL-QURAN
PERISTIWA NUZUL QURAN BERLAKU KETIKA NABI MUHAMMAD BERUSIA 41 TAHUN, IAITU PADA MALAM JUMAAT 17 RAMADAN, BERSAMAAN DENGAN TARIKH 6 OGOS 610M, SEWAKTU BAGINDA SEDANG BERIBADAT DI DALAM GUA HIRA.
BERSESUAIAN DENGAN KEDUDUKAN AL-QURAN ITU SEBAGAI KITAB YANG AGUNG, ALLAH S.W.T. MENURUNKANNYA PADA BULAN YANG MULIA, IAITU BULAN RAMADAN DENGAN MEMBAWA BERIBU KEBERKATAN KEPADA UMAT ISLAM.
FIRMAN ALLAH S.W.T. DALAM SURAH AD-DUKHAAN, AYAT 3 YANG BERMAKSUD: “SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN AL-QURAN ITU PADA MALAM YANG BERKAT.”
‘MALAM YANG BERKAT’ YANG DINYATAKAN ALLAH S.W.T. DALAM SURAH DI ATAS ADALAH MALAM YANG PENUH DENGAN KEBAIKAN DAN RAHMAT, YANG LEBIH BESAR KEUTAMAANNYA DARIPADA AMALAN SERIBU BULAN.
AYAT AL-QURAN PERTAMA YANG DITURUNKAN
AYAT AL-QURAN YANG MULA-MULA DITURUNKAN OLEH ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. MELALUI PERANTARAAN MALAIKAT JIBRIL ADALAH LIMA AYAT PERTAMA DARIPADA SURAH AL-‘ALAQ.
TERJEMAHAN BAGI SURAH TERSEBUT ADALAH: “BACALAH (WAHAI MUHAMMAD) DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN (SEKALIAN MAKHLUK). IA MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEBUKU DARAH BEKU. BACALAH, DAN TUHANMU YANG MAHA PEMURAH. YANG MENGAJAR MANUSIA MELALUI PENA DAN TULISAN. IA MENGAJARKAN MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA.” (SURAH AL-‘ALAQ:1-5)
AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK
AL-QURAN MERUPAKAN SEBUAH KITAB YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH S.W.T. KEPADA MUHAMMAD S.A.W. UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA UMAT MANUSIA. AL-QURAN ADALAH PETUNJUK (HUDA) DAN PEMBEZA (FURQAN).
FIRMAN ALLAH S.W.T. DALAM SURAH AL-BAQARAH, AYAT 185 YANG BERMAKSUD: “BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN, MENJADI PETUNJUK BAGI SEKALIAN MANUSIA, DAN MENJADI KETERANGAN-KETERANGAN YANG MENJELASKAN PETUNJUK, DAN PERBEZAAN (ANTARA YANG BENAR DAN YANG SALAH”.
AL-QURAN SEBAGAI HUDA (PETUNJUK) BERERTI IA MAMPU MEMIMPIN KEHIDUPAN MANUSIA. IA MENJELASKAN PERBUATAN APA YANG WAJIB DILAKUKAN, MANA YANG SEBAIKNYA DILAKUKAN, MANA YANG BOLEH DILAKUKAN, MANA YANG SEBAIKNYA DITINGGALKAN DAN MANA YANG WAJIB DITINGGALKAN.
MANAKALA AL-QURAN ADALAH FURQAN (PEMBEZA) PULA BERMAKSUD IA MENJADI PIAWAIAN YANG MENENTUKAN MANA YANG HAQ DAN MANA YANG BATIL.
OLEH ITU, ‘AL-HAQ’ (KEBENARAN) ADALAH APA SAJA YANG DINYATAKAN BENAR OLEH AL-QURAN DAN ‘AL-BATHIL’ (KEPALSUAN) ADALAH APA SAJA YANG DINYATAKAN SESUATU YANG TIDAK BENAR OLEH AL-QURAN.
JUSTERU, KITA DITUNTUT UNTUK MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK YANG MEMANDU DAN MEMIMPIN KEHIDUPAN KITA, SEBAGAI SUMBER HUKUM YANG WAJIB KITA AMBIL DAN TERAPKAN, SERTA SEBAGAI SUMBER PENYELESAIAN BAGI SELURUH MASALAH KEHIDUPAN.
HIKMAH DITURUNKAN AL-QURAN
* AL-QURAN ADALAH MUKJIZAT TERBESAR NABI MUHAMMAD S.A.W DAN PANDUAN HIDUP BAGI UMAT ISLAM SEPANJANG ZAMAN.
* AL-QURAN MENJADI RUJUKAN DAN PENAWAR DIRI BAGI UMAT ISLAM YANG INGINKAN KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.
* KANDUNGAN AJARAN AL-QURAN ADALAH BERSIFAT MUKJIZAT (I’JAZ AL- ‘ILMI) SEHINGGA MERENTASI ZAMAN DAN TEMPAT SEKALI PUN TELAH DITURUNKAN LEBIH 1,400 TAHUN YANG LALU.
JUSTERU ITU, MEMBACA AL-QURAN ADALAH SATU IBADAH. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGHAYATI AL-QURAN DAN AYAT-AYAT YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.
BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN INI, SAMA-SAMALAH KITA MENAMBAHKAN DAN MEMPERTINGKATKAN AMAL IBADAH TERUTAMANYA SOLAT DAN SEDEKAH BAGI MENGEJAR ANUGERAH ALLAH S.W.T. YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA UMAT ISLAM.
INI KERANA BERIBADAH DI 10 HARI TERAKHIR RAMADAN MEMBERIKAN KITA PELUANG KEEMASAN GANJARAN PAHALA SEOLAH-OLAH BERIBADAH SELAMA 1,000 BULAN.
RUJUKAN: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
MOGA BERMANFAAT,MOHON SHARE PADA BERKENAAN.
SALAM NUZUL QURAN
MUDIR MATRAS
15 RAMADHAN 1442H.