BT Real Estate - шаблон joomla Форекс
Artikel Terkini MATRAS

PENGERTIAN IBADAH QURBAN

 
     PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN
 

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
  • HIKMAH BERQURBAN
    • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
    • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah. 
    • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

    KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

    • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji. 
    • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

    SYARAT SAH QURBAN

    • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan. 
    • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban. JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN

      Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.
      UMUR BINATANG QURBAN

      Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

      Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

      Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

      NIAT IBADAH QURBAN

      • Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
      • Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
      • Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.
      • Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.

      HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

      1. Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
      2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
      3. Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.

      PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

      • Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
      • Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
          1. Membaca Bismillahirrohmanirrahim
          2. Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
          3. Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
          4. Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
          5. Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
      • Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.

Pengumuman

Facebook Matras

Kalendar Sekolah

Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Hubungi Kami

No Telefon

MUDIR MATRAS  :              019-349 2694
(Ust Sazali)
TIMB MATRAS      : 019-240 4995
(Ustzh Mahmudah)
 
KERANI MATRAS : 016-327 5717
(Puan Zurin)
 
TEL PEJABAT       : 03-3163 0284
 

Alamat Sekolah

Lot 3120 Batu 3 1/2,
Kampung Pendamar,
41200 Klang,
Selangor, Malaysia

Peta Lokasi